Aqidah kepada Allah dalam Islam ( Aqidah Islamiah) terbentuk daripada unsur-unsur berikut ini:

  1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini.
  2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekurangan daripada Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t.
  3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan cara yang hati hati dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang sebenarbenarnya antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhluk makhluk dan sifat-sifat mereka.
  4. Akidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al-Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan, keistimewaan keistimewaan dan kesan-kesannya.
  5. Aqidah Islamiyah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya
  6. Aqidah Islamiah menuntut orang-orang Mu’min supaya kesan kesan daripada unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam tutur kata dan segala perbuatan mereka.

Dengan ringkasan dan gambaran yang indah dan halus ini, Islam telah merangkumkan segala apa yang berkaitan dengan masalah akidah terhadap Allah Ta’ala dan telah meletakkan suatu sekatan yang menahan daripada segala keadaan meraba-raba, penyelewengan, soal-soal falsafah yang palsu dan perdebatan-perdebatan yang remeh dalam semurni-murni aqidah (Aqidah Islamiah) dan sepenting-pentingnya dalam kehidupan manusia baik kehidupan dunyawi maupun ukhrawi. (/pustakaislam)

Untuk lengkapanya silakan baca pada Ebook di bawah ini: